SELAMAT DATANG KE PEMIKIR ALAM MAYA

Sunday, April 17, 2011

JENIS MANUSIA: gagal namaun tidak tahu mengapa



 Dah lama saya tinggalkan blog ni. Kesibukan di akhir-akhir sem memang sudah menjadi lumrah dah saya antara mereka yang terperangkap di dalamnya. Baik  mari kita sambung tentang jenis-jenis manusia. Kita mulakan dengan yang pertama iaitu mereka yang gagal dan tidak mengetahui mengapa mereka gagal. Adat la dalam hidup ni ada kala kita gagal, dan ada kala kita lulus. Namun suka untuk saya ingatkan bahawa lulus gagal dalam kehidupan hanya diketahui di akhirat sana. Cuma sebagai manusia kita meletak sesuatu matlamat dalam hidup dan andai kita gagal mencapainya maka bolehlah kita dikatakan sebagai gagal. Ini boleh kita lakukan agar hidup kita lebih terarah dab berpandu. Cumanya kegagalan mencapai matlamat yang kita tetapkan bukan bermakna kita gagal secara total kerana seperti yang saya katakan tadi, lulus gagal kita sebagai manusia hanya dapat ditentukan di akhirat. Tetapi kegagalan mencapai matlamat adalah petenda bahawa kita telah melakukan sesuatu usaha yang kurang tepat atau kita belum lagi berjaya/lulus. Baik berbalik kita kepada jenis-jenis manusia tadi. bagi golongan yang gagal dan tidak mengetahui mengapa mereka gagal adalah golongan orang-orang yang tersesat. Keadaan lebih parah jika mereka ini bukan sahaja gagal malah tidak mengetahui pun bahawa mereka gagal.  Ada pelbagai punca mengapa mereka jadi sebegini dan antaranya adalah ego atau bahasa yang agak kurang sopanya bodoh sombong. Namun kita tidak akan bebicara panjang tentang soal punca namun saya lebih tertarik untuk membincangkan kesannya. Mereka yang dalalm golongan ini sangat susah untuk keluar dari lembah kegagalan kerana mereka sendiri tidak mengetahui mengapa mereka gagal. Mengecilkan ego serta merendahkan diri untuk bertanya pandangan orang lain adalah cara atau formula terbaik untuk kita keluar dari situasi ini. 

Saturday, January 22, 2011

Assalamualaikum

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih...

Perpatah melayu ada menyatakan bahawa tak kenal maka tak cinta. Maka molek kiranya pada pertemuan pertama(pertama sebab post sebelum ini hanyalah cubaan semata-mata) ini saya memperkenalkan tujuan dan mengapa blog ini diwujudkan.


Pertamanya, seperti yang anda semua baca, blok ini hanyalah perkongsian cetusan pemikiran dan pendapat peribadi saya semata-mata. tiada niat untuk saya mengguris hati dan perasaan mana-mana pihak. maka di kemudian hari jika anda mendapati tajuk-tajuk yang saya bincangkan di sini bercampur baur, maka saya berharap agar anda memahami mengapa ianya  berlaku.


kedua, blog ini diwujudkan sudah pastinya untuk membincangkan isu-isu semasa yang melanda dunia hari ini amnya mahupun negara kita, Malaysia khasnya.di sini saya amat mengharapkan agar para pembaca blog ini dapat berkongsi maklumat tentang isu-isu semasa secara matang dan berkecuali. bak kata perpatah, makan seorang kekenyangan, makan beramai-ramai kesenangan. makna berkecuali di sini adalah anda sungguhpun memihak pada mana-mana pihak, namun dalam membincangkan sesuatu isu berkaitan pihak yang anda sokong tersebut haruslah bersikap tidak berat sebelah.


ketiga dan yang terakhirnya saya kira, blog ini diwujudkan adalah untuk memamfaatkan kemajuan dalam bidang teknologi maklumat secara sihat. adalah agak mustahil pada hari ini untuk menemui seorang remaja atau pelajar sekolah yang tidak mengenal perkataan seperti facebook atau blog sendiri. namun bagaimana cara penggunaannya? maka kerana itulah saya membuat blog ini agar tidak ketinggalan zaman namun dalam masa yang sama menggunakannya dengan cara yang sihat.


Akhir kalam dari saya, selamat melayari blog pemikir alam maya. semoga kita semua mendapat mamfaat darinya. sesungguhnya yang baik itu terus dari Allah dan yang buruk itu juga dari Allah CUMA melalui kelemahan diri saya sahaja. Terima kasih dan semoga berjumpa lagi.

Friday, January 21, 2011

jenis manusia

manusia di bumi allah ini ada pelbagai rupa, saiz, ketinggian, warna dan sebagainya. namun hakikatnya hanya ada dua jenis sahaja. Pertama, manusia yang gagal dan yang kedua manusia yang berjaya. huraian terhadap kedua-dua jenis manusia ini kita akan bincangkan dalam post akan datang