Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih...
Perpatah melayu ada menyatakan bahawa tak kenal maka tak cinta. Maka molek kiranya pada pertemuan pertama(pertama sebab post sebelum ini hanyalah cubaan semata-mata) ini saya memperkenalkan tujuan dan mengapa blog ini diwujudkan.
Pertamanya, seperti yang anda semua baca, blok ini hanyalah perkongsian cetusan pemikiran dan pendapat peribadi saya semata-mata. tiada niat untuk saya mengguris hati dan perasaan mana-mana pihak. maka di kemudian hari jika anda mendapati tajuk-tajuk yang saya bincangkan di sini bercampur baur, maka saya berharap agar anda memahami mengapa ianya berlaku.
kedua, blog ini diwujudkan sudah pastinya untuk membincangkan isu-isu semasa yang melanda dunia hari ini amnya mahupun negara kita, Malaysia khasnya.di sini saya amat mengharapkan agar para pembaca blog ini dapat berkongsi maklumat tentang isu-isu semasa secara matang dan berkecuali. bak kata perpatah, makan seorang kekenyangan, makan beramai-ramai kesenangan. makna berkecuali di sini adalah anda sungguhpun memihak pada mana-mana pihak, namun dalam membincangkan sesuatu isu berkaitan pihak yang anda sokong tersebut haruslah bersikap tidak berat sebelah.
ketiga dan yang terakhirnya saya kira, blog ini diwujudkan adalah untuk memamfaatkan kemajuan dalam bidang teknologi maklumat secara sihat. adalah agak mustahil pada hari ini untuk menemui seorang remaja atau pelajar sekolah yang tidak mengenal perkataan seperti facebook atau blog sendiri. namun bagaimana cara penggunaannya? maka kerana itulah saya membuat blog ini agar tidak ketinggalan zaman namun dalam masa yang sama menggunakannya dengan cara yang sihat.
Akhir kalam dari saya, selamat melayari blog pemikir alam maya. semoga kita semua mendapat mamfaat darinya. sesungguhnya yang baik itu terus dari Allah dan yang buruk itu juga dari Allah CUMA melalui kelemahan diri saya sahaja. Terima kasih dan semoga berjumpa lagi.
blog ini adalah cetusan pendapat hasil pemikiran pemikir alam maya. Diharapkan cetusan-cetusan pendapat ini dapat membantu saya dan anda semua dalam melayari bantera kehidupan yang penuh onak dan duri.
SELAMAT DATANG KE PEMIKIR ALAM MAYA
Saturday, January 22, 2011
Friday, January 21, 2011
jenis manusia
manusia di bumi allah ini ada pelbagai rupa, saiz, ketinggian, warna dan sebagainya. namun hakikatnya hanya ada dua jenis sahaja. Pertama, manusia yang gagal dan yang kedua manusia yang berjaya. huraian terhadap kedua-dua jenis manusia ini kita akan bincangkan dalam post akan datang
Subscribe to:
Posts (Atom)